THIS BOOK IS WRITTEN IN BAHASA MELAYU
Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.
Antara topik kandungan buku ini:
- Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya
- Penyusuan Susu Ibu
- Perancangan Awal Ibu Bekerja
- Latihan Memerah
- Memerah Susu dengan Tangan
- Memerah Susu dengan Pam
- Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
- Cara Menyimpan Susu Perahan
- Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan
- Cara Memberi Perahan Susu Ibu
- Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya
- Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi
- Carta Pertumbuhan WHO (2006)
- Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu
Buku ini dilengkapi dengan pelbagai lampiran yang boleh dijadikan rujukan khusus untuk ibu bekerjaya yang menyusu. Di bahagian akhir buku ini juga (Lampiran 7) terdapat senarai maklumat kaunselor kaunselor laktasi untuk bantuan dalam penyusuan (contact details of lactation counsellors)